Selamat berpuasa tuan-tuan.
Selepas penganiya-an demi penganiya-an berlaku di Delima (bukan nama sebenar), Aku ambil langkah paling bijak dengan kerja di Shah Alam. Dengar nama Shah Alam pun tahu kan macam mana onak dan duri nya. Itu belum lagi cerita pati-pati-nya. Sabar. Aku tengah download IOS7.1.2 ni.
Macam gini. Nama syarikat mengarut dekat Shah Alam ni aku gelar neraka firaun.
Kerja dia senang kalau ikut bidang graphic masa aku mengaji dulu dekat UITM. Buat cropping dan editing yang memang sah-sah aku minat. Masa tu cakap aku nak kerja lama 2 3 tahun dekat sana. Yela time tu baru sehari kerja dan lihat semua nya indah bak bunga di taman Astakona yang mekar-mekar belaka. Indah kan. Yela yela tak indah.
Ke-gembiraan dan ke-syurgaan yang sementara diragut oleh kemunculan watak utama si Bos. Ekspresi pertama bila kau tenung wajah dia macam bidadari pakistan yang punya suara lembut bak seludang. Cukup manis. Cukup ayu. Dan tiba-tiba segala angapan kau meleset selepas kau dengar dia jerit gini MUSYIR BAJU NI BILA NAK GUNTING. BODOH !. Taraaa seram kan. Itu baru sepotong ayat. Kau akan dengar ber-potong-potong jenis ayat bentuk hamunan kalau kau kerja bawah ketiak dia setiap hari.
Time tu kau rasa macam 'hek eleh bodoh apa kau ni bos'. Time tu jugak kau rasa hari-hari kau nak maki dia dan simbah air nescafe panas dekat muka dia sambil tonyoh mata dia dengan bawang besar. Aku yakin bangla-bangla tukang jahit pun pernah ada niat gitu .Cuma advance sikit derang nak gilis bos tu dengan batu gilik. Gamak nya la kan aku agak. Dia bukan bos yang supportive yang belum boleh dapat anugerah bos emas peringkat kebangsaan.
Percaya lah Bos perempuan ni kebanyakan nya selalu gaya nak bajet.
Akhirnya aku pun berhenti secara baik selepas bos ntah pape tu bebel benda yang aku tak buat di dalam mesej. Dan akhirnya aku di bebel oleh semorang pasal berhenti kerja untuk kali ke 38 kali.
Dah selamat berbuka
