Khamis, 20 Julai 2023

masalah utama

 hai.

Sejak 2015 mader stop dulu apa-apa patut. sebab 1 je. malas.

Anak pun dah 3 dan cukup lah angka 3 tu. Bila dah senang tambah lagi karang.

Banyak benda jadi sejak di alam 30an ni. Serius macam bodoh bila kau tua dan makin kau rasa tak cukup serba serbi. yaaa. semua benda tak cukup dan tak bersyukur.  

Dulu benda paling dikeluhkan paling koman pun pasal bercinta laa apa lagi wakkkk. Pasal duit, Pasal family, pasal kawan, pasal uitm. 

Sekarang ni seluruh dunia punya masalah ni adalah masalah kau. Serius cakap. Kau kena turut serta dalam semua bahagian jenis masalah. Penat 3085739 juta kali ganda dari penat bujang. 

Kalau boleh lari, memang aku lari

Selasa, 22 Disember 2015

minah mawar

Alhamdullilah.
Jadi emak dah.
Bayi perempuan kecik molek berambut sikit dan kening tak tumbuh lagi selamat lahir.

Mana nak percaya dulu emak kau ni pernah gaduh dengan atok kau, lari rumah, keluar balik subuh-subuh, deting tak ingat akhirat, terenjal tak ingat tuhan dan sekarang ada orang panggil bunda tiba-tiba. Ya tuhan cepat nya bumi ni beputar. *kesat air mata
(tipu je tu)

Penat. Ye penat tak kira macam apa pergi dia. Penat dengan macam-macam. Penat nak layan emosi sendiri, dengan manusia, dengan benda mati dan sebagai nya,
Tapi.
Mumen-mumen ni kau akan rindu bila mana anak perempuan kau bernikah dengan suami nya nanti. ye.
Sumpah rindu.

Nak....
Ingat sorga kau di bawah tapak kaki ku. ehek !

Ameenarose binti Noormahadil


Isnin, 12 Oktober 2015

ngada

Pukul berapa tak tahu. Tapi subuh. Aku yakin bukan mimpi. Tapi betol. Kalau mimpi aku belasah laki aku nanti.

"saya sayang awak sangat-sangat. Terima kasih sayang." ada benda bisik. Aku syak bukan syaitan. Biasa syaitan bisik suruh aku derhaka ke laki je biasa nya. Ni laki aku bisik. Yakin.

Dalam tidur pun rasa bahagia.

Tapi memang kerap laki aku bisik. Tapi syaitan lagi banyak bisik hal-hal negatif.

Sejak hamil. Rasa disayangi, dihargai dan dicintai. Boleh request hamil sepanjang tahun?

Khamis, 18 Jun 2015

17

Tujuhbelaih minggu usia peanut !

Level emak-emak dah. 
:)

Isnin, 11 Mei 2015

simptom ibu hamil.

Satu simptom yang kau ragu-ragu. Kau ni mengada-ngada tahap maha tertinggi. Kau nak itu. Nak ini. Itu. Ini. Oh bosan kadang-kadang dengan kau simptom oi. Gosok perut.

Semoga anak aku tak kenan dengan kau. Gosok perut lagi.

Rabu, 6 Mei 2015

selamat datang

Hi peanut !

Tengah main Bowling kat dalam perut ke tu ?. Ok-ok bonda nak makan megi kejap dengan bapak kau. 

:)

Isnin, 13 April 2015

2 tahap

Hari tu tahap benci dah cecah level 1.
Ni sekarang ni baru nak cecah level 2.

Dear Ketua dan Penolong.
Nah jari nombor 2 dari kiri aku bagi untuk hampa dua

jangka

Daisypath Anniversary tickers

lapor-nya