Tuan-tuan. Aku baru berhenti kerja mengarut yang rasa memang sangat mengarut.
Tekap perut. Pain betei bulan penuh kali ini. Tak tipu.
Teruskan tadi sampai mana? kerja kan? macam gini. Sebulan aku kerja di Delima (bukan nama sebenar) buat aku kenal erti perpecahan kaum. Bukan racist tuan-tuan. Tapi lebih kurang macam babi pergi dia.
Undang-undang kerja mengarut. Pekerja yang mengarut. Art director yang lagi mengarut. CCTV yang lagi mengarut. Semua maha mengarut. Itu bukan markas aku mahu untuk cari wang. Tapi itu markas tentera yang ajar kau takut dan berdisiplin. Ha tu tempat dia. Umpama neraka ciptaan kaum.
Ramai cakap kerja dulu untuk pengalaman. Majoriti pikir aku meng-ada-ada ikut darah muda. Kena ceramah pasal kerja bila dalam kereta ingat seronok mampus? Nah penampaq!.
Ikotkan darah muda memang aku ambik langkah penempik bengang depan bos mengarut. Tapi naseb aku waras aku ikutkan darah tua masa itu. Dasyat darah tua ni. Sabar. Sabar. Sabar. Sabar.
Selepas aku tanya pendapat manusia penuh pengalaman kerja banyak tahun dan bulan. Akhirnya aku berhenti dengan senang hati. Aku gembira. Aku bebas. Aku bebas dari kena hafal nama mesin printing ntah datang dari neraka mana. Tahi. Itu kenangan yang tak boleh ditulis dalam buku biodata. Penuh duka. Aku belum pernah gembira kerja situ. Belum. Jika 10 tahun kerja situ belum tentu aku boleh catat kegembiraan maha gembira dekat diari. Mustahil.
Dan akhir kali nya. Aku gembira sekarang. Orang kata biarlah kita kerja ikot apa kita selesa. Kita ada hak. Tuhan cipta manusia itu untuk merasa hak sendiri. Sekarang aku tengah rasa hak sendiri. Hak gembira yang mutlak.
Sekarang ni tak nak apa dah. Sekarang ni aku mahu minyak angin letak dekat perut bulan penuh. Ya Tuhan.
