Khamis, 15 Mei 2014

zero

Macam gini.

Sekarang ni kau ada pilihan. Pilihan masa depan. Bukan pilihan nak pakai baju apa raya nanti. Bukan.
Pilihan kau pilih bukan pilihan untuk kau seorang. Ia pilihan untuk dua orang.

Sekarang keadaan dah beda. Beda dari segi ke-fungsi-an sistem saraf otak dan nafsu. Dulu aku cinta mati akan hubungan 3 tahun. Sekarang hambar macam aku tak perlu cinta-cinta mengarut ini semua.
Bila mana kau ada di tengah-tengah semasa didalam suatu proses ibu bapa memaksa. Tak cukup nampak lagi mengarut dia?. Kau tunggu.

Berdosa tidak bersyukur. Ye patut kau syukur kau ada pasagan tidak cemburu babi buta macam bekas-bekas cinta kau dulu. Silap kau. Sekarang ni aku tengah gaduh dengan hati. Orang jenis macam mana lagi sesuai nak layan nafsu tak syukur ni? Cilaka kan permainan hati dengan nafsu pergi dia macam mana?

Sekarang aku mahu pasangan normal. Puas aku cakap dalam setiap penjuru. Ke-tidaknormal-an pasangan boleh buat hubungan ceria nak mampus. Silap besar aku punya sifat negatif. Aku negatif dan tak boleh terima akan ke-tidaknormal-an hubungan. Aku mahu normal. Aku mahu hubungan bersifat rakan sebaya dan tidak mengubah aku ke manusia lain. Contoh. Aku Fazura, aku memang sudah cantik dan seksi dan aku boleh milik segala-gala-nya dengan duit aku. tiba-tiba muncul Samad dan mahu ubah Fazura menjadi Konah. Menjadi Konah yang kena ikut undang-undang buatan Samad. Bila lihat situasi ini. Fazura akan berontak atau diam menga-nga? Bodoh kalau dia menga-nga menjadi si Konah.

Aku bukan mahu menjadi Konah. Aku mahu jadi aku yang buduh ini. Aku selesa dengan ke-buduh-an yang aku punya. Ingat seronok jadi pandai hasil desak-an manusia lain semata-mata mahu jadi malaikat sempurna? Jangan jadi me-mandai.

ke-kadang aku pikir aku memang cakap dengan hati. Gaya aku cakap nampak matang. Aku cakap boleh ke aku hidup dengan pasangan yang mahu meng-ubah aku jadi manusia asing yang lahir dekat tengah laut?
Aku positif cakap dia sesuai untuk dijadi rakan mainan konda-kondi. Aku banyak negatif. Aku cakap aku tak boleh nak go on dengan kau lagi. Kita tak sesuai. Kau malaikat aku Syaiton. Kita beda.

Aku tak punya banyak masa beriban. Aku cuma mahu kebaikan yang aku akan per-oleh dari hasil hubungan samar merba ini. Ya Tuhan aku sedang di-uji?  


Tapi sampai sekarang ni aku masih keliru. Aku keliru aku ni manusia atau bidadari. 







jangka

Daisypath Anniversary tickers

lapor-nya