Aku sedang sedih. Serius aku sangat sedih. Sedih aku kali ni tak macam sedih biasa. Aku sedang rasa aku tengah di-adili oleh tuhan. Tuhan sedang uji.
Aku lap air mata guna selimut hijau. Selimut kakak beli dulu. Selimut ni sedap hangat. Tapi ke-hangat-an dia tak boleh bantu masalah aku. Masalah besar lagi beban. Aku pening. Perlu aku meracau?
Memang silap aku melayan. Itu je silap besar dan beban aku pernah buat selama 24 tahun hidup. Aku dah genab 24 tahun itu hari.
Kenapa tuhan jadi kan aku melayan? sebab dia mahu uji.
Kenapa tuhan belum tunjuk pintu rezeki aku? sebab dia mahu uji.
Kenapa tuhan temukan aku dengan ramai manusia penyayang? sebab dia mahu uji.
Kenapa tuhan jadikan aku manusia tak punya akal pintar? sebab dia mahu uji.
Kenapa tuhan jadikan aku manusia yang tidak mempunyai apa-apa tuah? sebab dia mahu uji.
Aku tengah tarik nafas 4 saat dan hela dengan perlahan. Aku mungkin sudah terlalu selesa dengan zon ke-selesa-an plastik yang aku sendiri wujudkan. Aku tarik nafas lagi 6 saat dan hela.
Mungkin tuhan tengah uji aku untuk aku rasa bersyukur dan tidak bongkak. Bukan ini aku mahu. Bukan ini diri aku. Bukan.
Aku tengah leka dengan dunia hingga solat aku tak jaga. Itu tiang agama. Aku naif akan agama. Aku perlu bimbingan. Manusia macam aku neraka tempat nya bukan?
Aku tarik nafas 6 saat lagi.
hem
