Sampai satu tahap paling maha yang aku kena redha.
Aku penat.
Macam lari hari sukan pada tahun 1997. Ye 17 tahun lepas. Macam penat lari berganti-ganti masih rasa pukul 11.35pm waktu malaysia sekarang.
Sebab rasa penat tu datang asasnya dari aku sendiri. Bukan dari pekerja kedai runcit Ali mahu pun pembuat roti canai Limin, ye bukan dari siapa-siapa. Datang nya dari aku.
Aku penat untuk benda silam yang aku layak dapat untuk kebodohan abadi masa dulu.
Kadang aku jemu taip benda kesedihan kobodohan aku sendiri dekat mana-mana. Sebab aku tahu tiada sifat simpati boleh tumbuh dekat dalam raga mana-mana manusia pun. Nampak buang masa datin-datin sekalian.
Lama dah aku tanam 'keras kepala' dekat posisi atas selepas pertumbuhan leher dalam sistem kejadian manusia. Padahal kan. Aku dah cukup selesa dengan kekerasan kepala yang aku siram dan baja sejak tahun 1990. Aku selesa. Sebab aku rasa aku masih di zon selesa. Cukup Selesa.
Banyak kali cakap. Aku degil. Itu ini. Itu ini. Tapi aku ada hak. Sebab hak aku, aku sendiri kena semai tak kira guna baja gred apa-apa pun. Janji aku semai elok-elok. Sebab itu memang hak aku. Hak degil itu hak aku. Apa lagi aku boleh pertahan kalau bukan kena ada sifat degil. Apa lagi kau cakap?
