Selasa, 18 November 2014

Mi segera

Aku hirup Maggi (bukan nama sebenar) dengan hirupan tawadok sambil sembang dengan Duan (bukan nama sebenar). Sembang hal-hal dunia. Dunia kecil dia. Aku dengan dunia aku. Maggi ayam.

Lama dah kenikmatan tidur siang tu tak rasa. Nikmat kepala dibantal beralas sarung angry bird, cuaca sejuk-sejuk malu. Ya tuhan apa lagi manusia mahu selain keselesaan masa tidur. Ha cakap. Sejam dua tidur di pejabat. Alah apa la sangat tidur kepala dimeja tangan di kepala. Kebas, Belum boleh dikira kualiti. Itu dikira separa kualiti. Bukan separa. Suku.


Last, hirup Maggi ayam

jangka

Daisypath Anniversary tickers

lapor-nya