Selasa, 21 Januari 2014

Seroja

Selepas sesat dua pusingan di dalam daerah puaka ini akhirnya jumpa kolej perempuan yang tak menarik dari segi penggunaan cat di dinding nya. Parking kereta dan keluar.

'Hai selamat datang.hai, bla..bla..bla..blaa..(1950 patah perkataan) dia sembang.' Ada kakak ni. Ayu pakai baju kurung biru. Nama dia Ayu mungkin. Putih gebu. Penyambut tetamu kerja dia.

Aku samar-samar, Aku tak tahu aku kena duduk asrama dan nama dia seroja. Apa kena entah aku boleh samar-samar buduh jam tu. Padahal aku dah lawa kot pakai baju putih polkadot hitam dan bercelak di mata. Cukup lawa kan. Tapi tu la masalah nya, aku buduh.

Bukak pintu bilik. Ada satu keluarga ni tengah kemas katil anak perempuan. Aku senyum. Biasa memang senyuman aku nampak ayu kalau dah tengahari. Betol tak tipu.

Aku benci sesi kenal-kenal diri. Jadi ada baik aku buat sombong. "hai, bla...bla...bla...blaa...asal mana? nama siapa? bla? bla? bla? bla?....nama saya ros. awak?. hurm.

Manusia pertama yang aku jumpa dalam tu Ros. Roslah nama dia. Cantik. Orang Pahang, kurus, putih, pakai bedak Safi, Rmbut ikal mayang. Ada baju lebah garis kuning hitam.

Orang kedua Amira. Ami nama panggil dia. Budak Sekinchan. Orang jawa. Budak photo. Dia manusia paling relax. Ye dia relax sebab dia cakap ada loghat orang putih. Nampak power kan.

Orang ketiga Hazwani Syahirah Binti Abdul Azis. Orang Pahang. Dia dengan Roslah (orang pertama) satu sekolah. Dia comel. Badan kecik. Rambut ikal mayang. Dia selalu gayut dengan mak dia. Ramai orang suka dia.

Orang ke empat Zahra Saidin. Panggil zaza. Kecik. Cantik. Kulit hitam manis. Ha apa lagi. Dia dulu ada pakwe india. Aku ingat tu.

Orang terakhir Safi, Bukan bedak safi Roslah. Syafiqah Semudin. Dia ada suara nyaring yang ada di volume 6. Serius. Tapi dia cantik.

Pengalaman duduk Kolej macam gampang sebenarnya. Itu ending dia






jangka

Daisypath Anniversary tickers

lapor-nya