Rabu, 15 Januari 2014

Ingat seronok?

Aku tengah me-nganggur. Itu ayat penyata yang perlu aku hurai-kan dari angka satu.

Pertama nya. Aku sedang cari kerja. Penat aku mohon segala agensi. Hasil dia masih kelam. Sekelam muka aku dulu masa sunburn mandi laut. Aku penat. Aku penat mencari. Mengeluh pun aku penat. Gila tak penat setiap keluhan itu perlu ada tenaga yang padu. Tapi sayang semua agensi tak dengar keluhan penat aku ni.

Kedua nya. Aku penat pikir masa depan. Pikir akan masa depan lagi penat dari berlari anak ketika merentas desa 5 tahun yang lepas. Ingat seronok umur dah jejak 24-an. Siapa kata seronok?. Mari sini aku terajang siapa yang cakap seronok tu. Aku masih mahu kumpul duit raya. Gila kau dulu aku comel kot. Pernah dulu umur 7 tahun beraya rumah cekgu Kamsaton dapat satu ringgit dan sugus 2 bijik sebab aku comel. Yela memang dulu aku sangat comel sampai Ismail dan Azli tarik kain aku masa sekolah tadika. Cilenet. Sampai sekarang trauma itu masih ada. Macam dalam filem Histeria lebih kurang.

Berbalik isu kedua tadi. Aku memang penat. Aku kena pikir pasal kerja, pasal uwang, pasal keluarga, pasal rumahtangga kelak, pasal kereta, pasal rumah, pasal makan, pasal beli baju seluar dan sebagainya. Semua ini membebankan. Aku tengah mengeluh ni.

Ingat seronok jadi dewasa?. Aku selalu perati ada budak darjah-darjah enam ni. Cantik-cantik semua macam artis. Make-up kena ada dekat muka, pakai legging harimau bintang, ada reben besar dekat kepala. Bila aku tulis ni boleh bayangkan depa semua comel macam Cekta kan?. Ye cantik macam harimau bintang pun ada.

Begini. Aku tengah merasa ketidak-gunaan diri sekarang ini.

Serius



jangka

Daisypath Anniversary tickers

lapor-nya