Ahad, 8 Julai 2012

kisah tiduran.

Tidur yang lena di ganggu sang para-para. Menjadi sesuatu yang luar biasa mungkin apabila aku tidur awal dan sering di ganggu oleh mereka-mereka yang punya hati yang begitu baik. Mungkin mereka tidak mahu aku termimpi 'terbang' barangkali. Sering kali mimpi 'terbang' dan aksi kerutan di permukaan kening mungkin akan menjejaskan imej aku sebagai artis top 2012, itu sebab mereka-mereka ini menganggu tiduran lena hamba. Artis ni cuma tidur di beraduan yang jarang aku kecapi wahai sekalian umat manusia. bukan aku pergi perjumpaan haram bersih mahupun kotor, sama sekali aku tak kan mengotorkan tapak kaki ku menghadiri perjumpaan manusia yang empunya otak di lutut. Jangan khuatir para peminat sekalain. Ok kalian jangan gelabah duduk diam-diam.

Berbekalkan cuti seminggu yang di rasa agak hambar dari kebiasaan nya, aku mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada untuk tidak mempersiakan cuti dengan melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti gejala sosial dan vandalism. Tapi aku bukan mahu buka cerita mengenai cuti, mungkin keluaran akan datang tajuk cuti akan menjadi paparan utama muka depan untuk akhbar keluaran ogos barangkali. 

Ye sudah dewasa nya aku. Tajuk sesuai untuk emosi seorang wanita yang berada dalam pengaruh kuasa bulan penuh. Menjadi wanita tabah sejak beberapa abad ini, masalah berduyun datang bak tsunamai mendatang pada tahun 2006. Lain macam betol penangan paluan emosi kali ni. Mungkin si pembawa masalah sedang menguji kesabaran artis ternama seperti gua. 

Emosi tidur sedang beralun dengan pantas, ye sedang hampir dengan otak. Aktiviti menguap sudah 10 kali di buat. Kalau di ganggu juga kali ni, mungkin kaki aku jadi santapan sarapan mereka waktu pagi esok nya. 

ok bai


jangka

Daisypath Anniversary tickers

lapor-nya