Suatu petang 2010 ketika pulang ke kelas ketika aku di semester 2, telah menjadi rutin manusia ini singgah ke gudang makanan bertajuk NASI LEMAK CINTA SAYANG bersama nuridayu untuk menjamah sedikit juadah bernama nasi lemak. Nak di padat kan segala informasi, aku mengambil langkah yang bijak untuk duduk di kawasan bersebelahan tangga dan tempat mencuci jari jemari, angin sepoi-sepoi beribu bahasa tanda besar nya ciptaan tuhan yang maha agung. Terlalu alpa dan leka bermain pesanan ringkas dengan bekas kekaseh, 4 biji mata telah melihat sesuatu yang baru berwarna merah jambu. Cantik baju kau mat !. menjadi kesukaan melihat jejaka memakai pakaian warna merah jambu ketika itu. Macam biasa, berdialog bersama hati telah berlangsung jam itu juga. Aku yakin hati pun setuju dengan manusia yang wujud depan aku itu boleh tahan jadian nya. Dengan janggut tak berapa cm aku yakin muka beliau amat molek untuk di pandang sebanyak 2 kali.Tapi itu semua hanya perbincangan bersama hati, niat untuk mengurat dan bersama manusia tersebut memang jauh menyimpang dari perbualan bersama hati. itu yang pasti. Aku buat bodoh dan bodoh lagi.
Menunggu Nuridayu mengambil juadah petang mengambil masa beberapa ketika juga lama nya. Aku terlalu khayal melayan kerenah si bekas, berperang jepun juga aku ketika itu bersama beliau. Sudah menjadi kebiasaan si bekas mencari gaduh di saat aku sedang dilanda musibat dan bencana dek kepenatan menuntut ilmu pelita hidup di pusat pengajian tinggi, Itu dah menjadi sambal dalam kisah hidup kami yang tak beberapa indah selama beberapa abad berkongsi hati yang sama. 6 tahun juga sisa hidup wanita tabah ni berhadapan dengan manusia bergelar bekas. Alhamdullilah itu semua tinggal sejarah Singapura di langgar todak.
Disaat giliran aku mengambil beberapa butir nasi dan segenggam lauk pauk, manuisa merah jambu melakukan sesuatu yang aku rasa itu hanya tektik mat rempit mengurat minah rempit ketika di kedai makan. Dah basi tektik itu sejak aku hidup selama 20 tahun ketika itu. Selalu sangat mengalami situasi yang aku anggap itu hanya lakonan manusia yang perlukan wanita dalam mengisi masa lapang untuk di buat tempat berbalas pesanan ringkas dan berbual di laman sosial. Hati bicara aku tidak harus melayan selagi aku belum sahih bercerai dengan si bekas. Aku buat bodoh sebodoh nya lagi di hadapan manusia merah jambu. Kali ni hati aku begitu cekal kerana tidak bertindak gedik dan tergesel-gesel. Tepuk dada dan bicara ' kali ni aku bangga dengan kau hati '.
Perbuatan bodoh dan diselangi lakonan gagah lagi bergaya telah mejadi ketika itu. Yang pasti aku tidak agresif untuk memandang manusia merah jambu dangan kawan-kawan nya. Bicara dalam hati 'kalian sangat merimaskan!'. Aku semakin fokus berperang dan rasa nya harapan untuk kami berbaik berada dalam zon bahaya. Ye itu yang pasti. Sikit lagi aku di ambang bujang. Dan beberapa mata masih setia memandang tempat kami menelan makanan. Tahu tak perasaan benci nya bila dilihat seperti seorang diva? tahu?
Mahu di padatkan segala cerita yang bertarikh entah berapa haribulan aku pun tak ingat, aku menjadi lemah bila melihat senyuman bergigi rata yang dilakukan oleh manusia tersebut ketika beliau mahu pulang ke sangkar. Dan hati berbicara lagi 'mungkin sekarang aku sudah bergelar bujang bila harapan bersama bekas tiada lagi, aku harus bagi peluang untuk kawan dengan manusia lain'. Pandai hati berbicara soal begitu. Belajar mana kau hati untuk buat keputusan ala-ala ahli politik yang mencari undian rakyat nya. Sekali lagi godaan senyuman bergigi rata mencairkan hati dan nafsu. Dengan tak semena tindakan memberi nombor telefon bimbit ke arah beliau di lakukan dengan tidak menggunakan akal yang waras. Aku dah melanggar undang-undang yang dicipta aku sendiri, never give my number to any guys!. itu la tajuk yang sesuai ketika umur begitu. Nampak bukan perangai manusia berumur awal 20an macam mana gaya dia. Gelabah nak mati.
Aku pulang ke kediaman rasmi dengan perasaan bercampur-campur macam campuran nasi lemak tambah nasi kerabu tambah lagi dengan cendol haji dollah, hui memang tak ngam dia punya campuran. Si abah pernah bilang, jangan kesali apa yang dah dilakukan,so go on dear!. hui nampak kan dengan bekalan hanya sekolah rendah bapak aku berjaya bilang 'so go on dear !'. ha ok tu tipuan semata. Tapi yang bahasa melayu tu ada betul nya juga. Biarkan angin menukar langkah mengikut irama dan rentak kunci-kunci nya. Ah si bekas menjadi ingatan jam itu. Agenda pergaduhan di sambung di bilik yang kemas dan lemas. Ah kau pergi mati dengan segala kongkongan kau yang dipikir tiada nya membawa aku ke arah kebaikan yang mutlak.
Tertera nombor asing yang aku yakin digit manusia tadi. Dengan yakin aku menekan punat hijau untuk berkata helo. Ha tekaan hati kali ni tepat. Tepuk dada dengan muka bangga. Berapa kali dah aku muji kau itu jam juga wahai hati. Perbualan malu-malu seperti budak hingusan berbual dengan pakcik jual ikan. Benci nya aku dengan sesi perkenalan ketika itu. Mungkin ketika itu aku hanya menjadi bodoh dengan manusia penuh kongkongan. Taraf wanita patuh setia. Berbalik kisah bualan telefon tadi menjadi rancak, mungkin persekitaran baru gamak nya. Cikgu dan penuntut pusat pengajian telah di ketahu status nya. Kawan dengan cikgu tu. Itu jam kalau aku cerita dekat abah mesti dia gosok kepala aku dan bilang ' kalau boleh abah nak kau kerja cikgu nak' ,gosok kepala aku lagi. Hajat abah terlalu berat untuk di bual kan ketika itu. Rutin abah ketika muji anak-anak nya, pasti kepala kami yang di gosok, itu sebab rambut aku menjadi tebal subur membangun.
..................
Dengan lafaz sekian, aku sambung sesi akan datang dengan bekalan rajin dan bersungguh-sungguh.
Cita-cita mahu menulis karangan pendek ketika berumur darjahan menjadi realiti seketika. Bangga mungkin guru bahasa melayu aku membaca hasil taipan yang tergantung ni. Ye mungkin CIkgu Jamaluddin, Cikgu Ramlan, Cikgu Norman dan puan Naijah akan sengih dengan dengusan bangga gamaknya.
bai.
