Jumaat, 26 September 2014

peng-akhir-an

Memang yang pasti aku bukan tengah ketawa besar durjana malam ni.
Aku tengah kesat basah mata yang di genang air dari organ emosi.

Sumpah emosi dengan bodoh-han aku yang memang tak jumpa matang nya mana,
Matang nya tu aku saksi dalam hati memang lambat untuk sampai dekat satu badan,
Tuhan itu adil. Ye aku sangat akui ke-adilan tuhan yang tersangat maha.

Selepas senja tadi, baru licin nasi ayam penyet wongsolo, aku di datang dengan makwe. Makwe bermisai yang tak semua tahu itu aku yang punya.

Dia datang dengan kacukan muka yang ada pelbagai kerutan emosi yang tukang masak tu sendiri tak tahu. Cuman dia yang tahu apa yang bakal jadi. Berdebar

Periksa talifon bimbit denga lama dan diselang kerutan. Masyallah aku tahu apa akan tiba selepas ini. Mengigil

Bodoh aku hampir sampai. Aku agak dengan sekali agak bahwa andaian aku tak pernah silap. Akhir-nya dia tahu akan madu nya. Aku panik. Babi

Silap aku melawan, tiada mohon maaf aku luah dengan ikhlas. Semua nampak tak ikhlas. Tuhan yang maha tahu akan ke-kesalan aku. Serius.

Apa sekarang aku nak?
Apa?

Sebab semua sudah terlambat sehingga cincin dipulang ke asal. 
Tiada ikatan bercincin lagi selepas dia bilang aku tiada maruah.
Ya Allah.
Betul.




jangka

Daisypath Anniversary tickers

lapor-nya