Jumaat, 8 November 2013

Jangka

" Memang jam ni rosak kan banggang? ".

Aku geledah segala folder untuk tengok mana baki-baki kerja yang belum buat. Aku rasa macam ada yang tak kena. Aku perhati betul-betul. Aku silap. Aku tak ada kerja. Aku seronok.

Seronok dia rasa begini, umpama kita tengah bogel tepi jalan dan kita sedar tiada orang dan sunyi. Rupa nya bila kau sedar ada pakcik TNB dekat atas tiang lampu dan kita terus jadi tak seronok sebab bogel.

Begitu aku rasa. Rasa bogel tepi jalan. Tapi aku tak bogel. Aku berbaju biru dan nampak hensem. Tapi aku tak ada kerja. Apa fungsi aku hensem-hensem tapi tiada kerja di dalam pejabat bau hapak ni?.

Bila aku tak ada kerja, aku akan tengok jam dinding setiap 5 minit, untuk hari ini sahaja aku sudah tengok jam untuk kali ke 46 dan sekarang termasuk ini sudah 47 semuanya. Aku layari semua jenis bentuk media sosial. Aku umpama seorang pelanggan yang datang ke cybercafe untuk melanggan satu pc dengan harga  RM1.50 untuk satu jam. Tempat aku masih RM1.50 lagi. Setelah aku hitung. Jika aku di cybercafe aku akan membayar RM16.50 untuk 10 jam. Itu jika aku kira harga kampung bukan harga di Kuala Lumpur. Jika di Kuala Lumpur lebih kurang RM2.50 untuk satu jam. Cuba kira?. Jangan malas. Dulu aku kerja CC rajin je aku sapu lantai dan spray ubat bau kaki budak-budak tingkatan satu.

Toleh jam untuk kali ke 56.







jangka

Daisypath Anniversary tickers

lapor-nya