Khamis, 23 Mei 2013

namblas mei

Bukan hari aku pastinya,
Bukan hari bapa,
Bukan hari kantin,
Bukan hari sukan,
Bukan hari buruh,
dan bukan hari sebagainya.

Hari dimana cekgu akan nyanyi lagu 'guru malaysia' aku main agak-agak. Aku harap betol la tajuk yang di-agak.

Pernah juga di-cubit di peha, tapi lengan paling banyak.
Pernah juga merasa belah rotan di tangan, kaki, tapi di punggong lagi pedih pedih belaka
Setakat dengar bebelan setiap hari macam dah jadi ketulan tahi telinga juga. Sudah basi
Marah dan makian, lahai macam dah jadi tahi gigi ni rasanya. Sudah basi juga.
Paling rare untuk 23 tahun ni, kepala kena hentak dengan blackboard orang putih cakap. Pedih dia Sampai boleh bawa kepada dendam 7 keturunan.
Kena denda sahsiah rupa diri. Tak payah cakap banyak. Sampai sekarang isu negara tu tak pernah selesai.
Setakat kena hempas buku, itu macam tak deep mana.
Setakat kantoi tulis kita benci cekgu itu cekgu itu dekat buku report pun tak deep mana.
Kena berdiri dekat segala bentuk permukaan pernah kaki ini rasa, cakap dekat mana? pintu? kerusi? depan pagar? depan perhimpunan? atas meja? dengan badan tonjang bapak gini diri atas meja, memang selawat ke atas junjungan nabi saja bekalan saat itu. Kipas syiling tunggu penggal kepala gua. !

Dari tadika, dari rendah, dari menengah, dari sekolah agama, dari sekolah darjah khas yang pasti ;
Belum pernah badan tinggi bapak gini berdiri depan sekali masa perhimpunan.
Belum pernah dapat nombor satu dalam lumba lari apa jadah tu semua.
Belum pernah rasa bercinta dengan budak satu kelas.
Belum pernah berak dalam seluar.
Belum pernah nangis suruh mak tunggu depan pagar.
Ye belum pernah.  
Macam kempunan tahap melampau, tapi itu lah cerita nya. Sadis. Meraung. Pedih. Murung. Sedih. Sugul. Sengsara dan sebagainya.

Tengok cekgu naik kereta ber-tajuk proton pun kita boleh kagum sampai rasa nak tolong angkat kan barang time pagi-pagi. Itu bodek dan aku tak gemarkan nya.

Memang aku di-benci. Tapi aku banyak di-sayang. kahkahkahkah

SELAMAT HARI GURU sini aku ucap kepada :
-Cikgu Kalsom
-Cikgu Fadhilah
-Cikgu Azimah
-Cikgu Jamaludin
-Cikgu Haznin
-Cikgu Azrin
-Cikgu Norman Ibrahim
-Cikgu Ramlan Pit
-Cikgu Hisham
-Cikgu Razak
-Cikgu Ziyana
-Cikgu Kassim
-Cikgu Sri Banun
-Cikgu Jayadi
-Cikgu Zarina
-Cikgu Naijah
-Cikgu Rosmawati
-Cikgu Amin
-Cikgu Asyikin
-Prof Khalil
-Dr Amir Syakir
-Dr Bahiyah
-Prof Aris
-Dr Sabri
-Sir Kamal

Maaf yang tidak tersenarai. Anda-anda masih tidak berapa layak untuk terima ucapan emas dari gua.
Maaf



jangka

Daisypath Anniversary tickers

lapor-nya