Aku masuk kedai jenama Eropah tak salah. Tapi macam kedai jenama Amerika Syarikat. Aku keliru. Aku masuk juga dengan niat yang suci. Dengan niat memang hendak membazir uwang. Uwang aku cuman beberapa note ringgit 50. Memang tak banyak. Habis juga aku kerjakan duit kerajaan. Tapi itu bukan isu nya. Isu nya kenapa aku boleh pergi setiap lorong tanpa ada nafsu di dada. Ini macam sumpahan.Sumpahan dimana kau keliru dengan jalan kehulur kehilir tanpa tujuan. Tak kelakar bodoh.
Sedang aku dalam keliru. Aku nampak cahaya. Cahaya terang. Macam cahaya di dalam kuasa voltan yang tinggi. Betul kan ayat voltan aku tu?. Ah itu tak penting. Yang penting cahaya tu weh. Mana datang cahaya kuning ke-emasan tu? Buat aku pening. Aku angkat kepala. Ohh. Aku ada cakap dalam hati. 'Pandai tuan kedai pilih lampu'.
Isu lampu mcm belum nak habis. Dia memancar ke satu sudut. Sudut hujung sebelah seluar sukan. Di situ ada botol air juga. Aku makin berpinar. Bangsat. Cantik nya kau. Aku semakin ghairah. Aku semakin leka. Aku tengah kira duit dalam beg dompet kulit tiruan aku ni. Aku sedang berkira-kira. Macam tak cukup. Ah aku stress. Mana mesin duit? aku jadi tak tentu arah. Aku amek kasut. Aku pandang kiri kanan. Aku pakai. Aku tak boleh kawal emosi. Terlalu cantik untuk kaki besar gajah. Cukup cantik. Tiba-tiba, aku terdiam. Terdiam umpama aku sedang di bawa arus ombak di lautan china selatan. Cukup kecewa. Kenapa babi kulit kasut mu. Kenapa babi.
