Isnin, 7 Januari 2013

ilmu

Meraba jerawat manis di celah hidung buat aku khayal dunia alam maya. Alpa dek kesedapan picitan yang dilakukan sang 2 jari.
Sambil mendengar lagu terukir dibintang yang baru menang dari anugerah yang wujud di Malaysia buat aku terpikir mana datang nya sumber duit yang banyak untuk diberi kepada para artis sekalian.
Itu bukan masalah budak umur 23 tahun untuk pikir aku kira.

Aku menaip. Buku seksi ovari sudah aku telaah. Memang ikut musim aktviti membaca aku pikir. Aku main agak je. Dulu memang aku suka baca. Tapi tu cerita dulu. Lama jugak tinggal aktiviti pegang buku sejak aku kenal apa itu talipon pintar. Ini salah kemajuan. Ini salah pembangunan. Tapi itu salah aku banyaknya. Alpa je boleh aku karangkan.

Merasa bahang komputer riba sudah cukup rasa bahang matahari dia. Masa ini malam. Matahari muncul siang. Lupakan hal alam semester. Dengar lagu orang putih kejap dekat telinga. Dengar je. Paham nya nanti bila dicari lirik dia di rangkaian sesawang.

Bilang waktu habis belajar. Itu ayat biasa. Berharap semester habis dengan tangkas dan disertai dengan keputusan yang agak bagus. Itu hanya harapan. Suka atau tak. Aku kena jugak hadap dengan muka begitu. 
Kadang buat muka begini. Lama-lama kau tengok kalendar. Satu semester je lagi ilmu kau kena gendong.
Kau sabar. Sikit lagi dapat la kau pakai jubah. Sikit lagi. Lepas tu boleh kau impi mahu pakai sofa warna apa untuk rumahtangga kau nanti. Satu hari nanti. Sikit lagi ilmu. Sikit lagi.

jangka

Daisypath Anniversary tickers

lapor-nya