Hujan tengah rancak turun. Aku kena set otak supaya cakap dengan mata agar tidak layu dek pengaruh kuasa ghairah hujan. Penyakit tidur aku boleh dikira sebagai satu penyakit yang perlu segara tidak dilayan. Macam umpama ada orang mengurat kau dengan ayat ayat pelik sambil bersiul bak cerita komik ujang. Haa hamek kau cahaya kilat masuk dalam bilik. Aku kira perasaan ingin tidur sentiasa merupakan lumrah dalam hidup gadis baru akil baligh mungkin. Biasa la tu sekarang aku tengah menguap sambil air mata jatuh 2 3 titis dekat pipi halus.
Mungkin set otak manusia telah di adun dengan andaian orang kampung dahulu bahawa hujan sedap tidur dan bersetubuh. Aku masih menahan mata tanpa kacamata ini.