Sabtu, 22 Disember 2012

Galak


Aku suka tulis. dan aku akan tulis. dan tulis lagi.
kadang-kadang gambar rajah tak cukup untuk tunjuk bagaimana perasaan gembira, kecewa, sedih duka dan gundah gelana manusia.

Aku suka tekan papan taip. Papan ni makin berhabuk makin aku sayang. Macam sudah lali bau tangan aku bersama papan taip. Itu nama dia persafahaman dua benua.

Esok aku pulang. Melepas rindu dengan kawan dan terutama abah. Abah tinggal seorang di rumah usang sejak adik sudah dewasa bekerja di kota raya. Aku jadi makin rindu. Rindu dengan suara abah yang tentunya nyaring bagai piano. Rindu abah cubit peha bila aku sedang baring tanpa hiraukan segala bebelan nya. Ya ya ya. aku semakin sebak mengenang abah. Mungkin dia sunyi saat ini.

Aku rancak tekan papan. Semkin rancak melayan sinaran lampu kalimatan dan lampu skrin komputer.
Memang begini sifat nya jika aku duduk sendiri tanpa yuyu di bilik. Sukar tidur. Tidur yang jahanam dan esok paginya aku akan terhuyung hayang tanda mengantuk. Bisikan iblis aku layan saat ini. Aku pikir ada benda asing sedang perhati. Aku buat bodoh. Sebab aku tahu mahluk itu juga ciptaan Allah.

Aku buat bodoh lagi. Sambil aku terpikir walhal masa depan yang aku pikir masih jauh di Amazon. Aku perlu tekap bantal di muka. Baca doa mana perlu dan ucap selamat malam pada dunia.

jangka

Daisypath Anniversary tickers

lapor-nya