Khamis, 15 November 2012

STPM

Sijil Tak Pandai Mungkin.
Ayat bentuk penyata jenis yang macam di atas amat sesuai untuk aku catat kan dalam ruangan titian kasih minggu ini.

Muak nya dengan ungkapan pensyarah dan segelitir rakyat yang hanya tahu mengungkai buruk dan jelik nya terhadap sijil kelulusan yang sah-sah telah di luluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. *ehem.
Dengan nada agak serius aku mahu rasa nya pergi ke taman tasik Shah Alam untuk berlari 3 pusingan tanda kecik hati dengan manusia bodoh yang tidak tahu menilai ilmu manusia lain. Ye !. kau yang bodoh bukan nya aku !!

Orang STPM tak layak duduk di kelas-kelas atasan mungkin aku kira. Aku kira layak nya mereka berada di kilang-kilang pemprosesan baju-baju, biskut-biskut dan perabot mungkin. 

Pandangan melayu yang typical akan berfikir orang diploma punya banyak ilmu di otak dan dada. Indahnnya pandangan manusia-manusia ini. Sedangkan Allah sendiri menciptakan manusia itu sama dari segi fizikal dan mental nya. Dan kau hanya bekerja sebagai pensyarah yang punya sijil Master yang di gantung di rumah ketika raya boleh berasa megah dengan itu semua. Oh kau yang sepatutnya berasa malu dengan Allah sebenarnya. 

Dengan terlahirnya kau di bumi fana ni boleh mengakibatkan rakyat lain merasa sugul dan murung. Rasa tak dikau dengan keadaan sugul ni? Mana mungkin kau akan terasa, sebab kau seorang pensyarah yang hebat dengan set minda yang penuh dengan tektik menjatuhkan ilmu pelajar-pelajar nya.

Bukan aku dan warga STPM yang lain hadap dengan masalah kebodohan yang dilalui di peringkat sarjana muda. Aku khususnya telah diaturkan oleh Allah untuk melalui penat ranjau dan penuh berduri-duri ketika di tingkatan enam. Sekurangnya pengajar di sekolah beri ilmu dengan jitu, ajar dengan kasih sayang dan langkah demi langkah. 

Mana mungkin aku tak mengalami kejutan budaya ilmu di peringkat ini. Dengan datang ke kelas hanya dengar beberapa bebelan khusus yang telah di set oleh pensyarah dan pelajar punya hak untuk dengar dengan tekun atau boleh melayan laman instagram di telefon mudah alih. Datang kelas hanya mengisi kertas kedatangan dan kadang-kadang datang untuk isi kedatangan kawan lain. itu dah kira budaya di peringkat situ sebenarnya. Dan itu sebenarnya bukan isu besar untuk aku keluhkan. 

Keluhan yang aku rasa amat mendukacitan disini adalah sistem pembelajaran dan pengajaran yang aku lalui selama dekat 2 tahun ini amat tunggang langgang sebenarnya aku kira. Ye memang di akui pelajar STPM akan bodoh 100 Peratus bila kena menghadap sistem adobe yang pelbagai variasi untuk pertama nya. Mau nya tidak bodoh gua sekolah dulu belajar bahasa melayu buat karangan berjela-jela, dan setibanya disini aku belajar pasal adobe apa kebagai ini semua. 
Nampak bukan permainan nya dekat situ. Nampak tak? nampak?

 Bai





jangka

Daisypath Anniversary tickers

lapor-nya